Shanghai: Penghuni sebuah flat di Shanghai cemas apabila seorang wanita mengancam mencampakkan anaknya dari tingkap tingkat 12 bangunan berkenaan, lapor media semalam.
Sebelum itu, kata saksi, wanita terbabit menangis dan meraung-raung mengugut mahu terjun selepas mencampakkan anaknya. “Jangan cuba halang! Aku serius! Aku mahu bunuh diri dan juga membunuh anakku!” katanya menjerit ketika memberi amaran kepada penghuni flat berkenaan.
Di bawah, sekumpulan anggota polis, bomba dan petugas perubatan bersedia menghulurkan bantuan jika kejadian tidak diingini berlaku.Jurucakap polis berkata, seorang pakar psikiatri terpaksa dipanggil untuk memujuk wanita terbabit, manakala anggota bomba mencari jalan untuk masuk rumah berkenaan.
Akhirnya penyelamat berjaya apabila mereka mendapat bantuan daripada jiran wanita terbabit. Mereka kemudian menariknya masuk ketika dia sedang bercakap dengan pakar psikiatri dari tingkap rumah sebelah.Wanita berkenaan kemudian dibawa ke hospital psikiatri manakala anaknya diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat. - Agensi
Gambar Ibu Cuba Campak Bayi Dari Bangunan Tingkat 12
Melanggan VIDEO Secara PERCUMA Seumur Hidup
Subscribe dan dapatkan video terbaik di dalam Inbox ANDA!100% JAMINAN Privasi Anda Selamat.
Related video you might like to see :
Labels:
sad
Dengan satu klik je, anda
ReplyDeleteakan dibayar $10 dolar,
semakin banyak klik anda
dapat, semakin banyak
komisyen.. tapi camne
nyer??
klik je x rugi pn..jom
ramai2..
Fast action, fast result :)
http://www.cashforvisits.com/index.php?refcode=136605