Home » » Women Have Killed

Women Have Killed


Melanggan VIDEO Secara PERCUMA Seumur Hidup

Subscribe dan dapatkan video terbaik di dalam Inbox ANDA!
100% JAMINAN Privasi Anda Selamat.
Mayat seorang wanita, dipercayai  mangsa bunuh, ditemui di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Jalan Labu di Seremban hari ini.Ketua Polis Daerah Seremban ACP Zainal Abu berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.

"Mayat mangsa yang berusia lewat 20-an atau awal 30-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 pagi. Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang berseluar pendek dan berbaju-T mungkin berketurunan Cina," katanya kepada Bernama.
  
Zainal berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk bedah siasat.Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222.


sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. The Best Video - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger
Putera Izman