Home » » Ibu Dipukul Dan Diugut Bunuh Oleh Anak Kandung Sendiri

Ibu Dipukul Dan Diugut Bunuh Oleh Anak Kandung Sendiri


Melanggan VIDEO Secara PERCUMA Seumur Hidup

Subscribe dan dapatkan video terbaik di dalam Inbox ANDA!
100% JAMINAN Privasi Anda Selamat.

KULIM - Berang tidak diberi wang, seorang lelaki berusia 20-an sanggup memukul dan mengugut untuk membunuh ibu kandungnya kelmarin.Mangsa yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 58 tahun dan pesara kerajaan pada mulanya hanya mendiamkan diri walaupun terus diancam anak lelakinya.

Bagaimanapun beberapa hari lalu, suspek mengugut untuk membunuh mangsa dan bimbang nyawanya terancam, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob.Simpati dengan nasib yang menimpa, mangsa dihantar ke Pejabat Rakan Cop di Labu Besar oleh penduduk kampung bagi tujuan perlindungan.

Ketua Rakan Cop Labu Besar, Ahmad Nordin Ismail berkata, mangsa tiba di Pejabat Rakan Cop kira-kira jam 7.30 petang kelmarin.Katanya, mangsa memaklumkan, suspek pernah beberapa kali menendang dan mencurahkan air panas kepadanya.“Menurut mangsa, suspek seorang penagih dan pengedar dadah.

Sebelum ini mangsa pernah dicederakan dengan pelbagai cara termasuk dikurung dalam rumah.Bagaimanapun kejadian beberapa hari lalu membuatkan mangsa tertekan dan takut balik ke rumahnya."Suspek turut mengugut untuk membunuh mangsa dengan menggunakan pisau yang diletakkan di lehernya.Kini mangsa terpaksa disembunyikan kerana bimbang keselamatannya terancam. Rakan Cop dan anggota polis di kawasan ini cuba menahan suspek beberapa kali tetapi dia berjaya melarikan diri,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. The Best Video - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger
Putera Izman